Tuesday 28 December 2010

! GENERASI ERA REMAJA !: Berani Mati

! GENERASI ERA REMAJA !: Berani Mati: "Ramai ke yang berani untuk mengambil risiko dalam kehidupan ini? Mesti ramai yang berfikir dua kali sebelum jawab soalan tadi. Ya! Gunakan a..."

Thursday 4 November 2010

Bersatu !

Salah satu daripada naluri semulajadi manusia ialah ingin hidup berkelompok dan bermasyarakat. Tetapi, disebabkan kelemahan manusia sendiri maka seringkali tercetusnya permusuhan, perkelahian dan peperangan segala bermula dari diri yang penuh hasad dan dengki.

Jika difikir-fikirkan, antara kelebihan teragung yang dikurniakan manusia oleh Allah, tiada tuhan berhak disembah melainkan-Nya, ialah akal untuk kita berfikir dan hati yang membenar kita punya perasaan. 2 kurniaan ini benar-benar membuktikan manusia ialah sebuah ciptaan Allah yang terhebat.

Hal yang demikian ini yang membezakan kita (manusia) dengan ciptaan tuhan yang lain seperti tumbuhan hijau dan haiwan-haiwan. Binatang juga punya otak dan hati, cuma batas untuk berfikir telah dihadkan. Jadi bagaimana seorang manusia yang dapat berfikir secara rasional tidak mahukan sebuah kehidupan yang harmoni dan aman tenteram.

Di dunia ini, jika kita bukan hidup sesama manusia saja. Kita berkongsi dengan banyak lagi ciptaan, apa alasan kita untuk merasa tamak ingin menguasai dunia bersama nafsu jahat tidak dijaga? Adakah kita benar-benar bersedia menjadi khalifah di dunia?

Bodoh Sombong!

Satu ungkapan paling sesuai pada golongan yang tidak pernah berfikir tetapi hanya mahukan segalanya datang sujud sembah di kaki mereka. Jika mereka benar golongan yang berpemikiran, kenapa tidak mereka melihat petanda dari langit dan bumi bagaimana susunan dan aturan alam ini berputar dalam sebuah kitaran yang hebat. Kita tidak perlu malu untuk belajar dari kehidupan binatang dan mahkluk lain. Bagaimana hebat persaingan mereka di dalam dunia ini, binatang tidak berakal untuk memikirkan itu semua.

Kita semua, sebenarnya bergantungan antara satu sama lain. Jika kau menafikan hal ini, lebih baik kau jadi kanibal! Kenapa perlu makan tumbuhan dan binatang? Kalau betul jika kita berfikir, kenapa tuhan menciptakan tumbuhan dan binatang tu semua?

Memang, manusia tidak sempurna. Semua bersetuju dalam hal ini. Maka, atas alasan itu, bersatu adalah solusi terbaik dalam hal ini. Buangkan segala kontroversi, tingkatkan prestasi. Jika bersatu yang dimaksudkan tercapai, dapatkah anda bayangkan bagaimana situasi dunia?

Siapakah paling bersalah dalam hal ini. Jika anda kenal dengan nama Charles Darwin, pencetus teori evolusi dan bagaimana masyarakat dunia mengamalkannya dalam kehidupan lalu tercetus banyak ideologi-ideologi yang sakit hati, membenam segala kebenaran yang telah Allah ilhamkan. Bagaimana Amerika menggunakan dasar apartheid terhadap golongan imigran dari Afrika? Bagaimana tercetusnya perang dunia? Apa yang berlaku di Palestin hari ini? Siapa yang peduli?

Jangan takut pandang belakang, disitu kita akan kembali mengenali langkah-langkah mengatasi, bagaimana utusan Allah Nabi Muhammad SAW berjaya melumpuhkan segala semangat assabiah yang menebal dalam masyarakat arab yang jahil dalam segala macam perkara. Bagaimana ilmu sama ada tentang perkara yang terang dan nyata ataupun ghaib pada pandangan mata disebarkan seluruh dunia?

Di dalam situasi di negara kita, kepentingan perpaduan ialah perpaduan dapat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka. Sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan, pelbagai ranjau berduri yang dilalui oleh generasi terdahulu untuk menuntut kemerdekaan. Hasil perpaduan masyarakat Tanah Melayu ketika itu yang berganding bahu menuntut kemerdekaan telah membuka mata pihak Inggeris supaya memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu.

Di sini membuktikan bersatu adalah penyelesaian masalah kita, kenapa perlu mementingkan hak kita sendiri jika hak-hak mereka yang lain terabai? Malu*

Wednesday 20 October 2010

bernafas

oh dear life...
why should we being a slaved..
why should we get stuck with the same truck..
its just, all of this need to be reconstruct..

human isn't a duck, nor just a pluck..
maybe we don't have that luck..

oh.. this is not meant to be this..
that should not keep being that..
we should move to other that..
so that we can ovastand this and that..

why should we keep on suffering?
why can't we start loving?
sharing, loving and breathing..
this is because they not knowing,
that breathing is a part of loving..

"breathing is not only fi living, its a part of loving" - mirol

~dan di setiap sedutan dan hembusan nafasku, akan ku terus memuja-Mu, YA ALLAH..

Tuesday 7 September 2010

Bila Kesunyian Datang

Mungkin kita pernah merasakan kesunyian melanda sanubari. Apabila ini terjadi, kita pasti merasa diri kita ini amat hampa, ada yang seakan hilang entah ke mana atau pergi mengembara jauh ke sana.

Hati merasa begitu terseksa sehingga di malam hari pun kita selalu terjaga. Bila hal itu terjadi tatkala kita merasa tidak seorang pun yang dapat memahami kita, tidak ada tempat untuk berkongsi cerita, berkongsi duka dan berkongsi rasa.

Hidup akan merasa semakin terseksa hingga tidak lagi bermakna. Bila itu yang kita rasakan, mungkin ada yang selama ini kita lupakan. Bahawa ketika kita sedar dari mimpi dan termanggu dalam kesunyian, di saat itu sebenarnya Allah ada bersama kita.

DIA selalu memantau dan menemani kita dengan kasih sayang yang begitu dalam.
DIA akan selalu menemani tidur kita yang sepi dan menjaga diri kita yang lemah ini. Namun, hal itu hanya akan terjadi bila kita mahu meyakini bahawa Allah itu benar adanya dan tentunya nama-Nya sudah termateri di hati kita.

Dengan kata lain, kita mahu mengimani dan mencintai-Nya dengan sepenuh jiwa. Pernahkah kita menyedari hal ini? Allah telah memberikan kita begitu banyak nikmat dan anugerah kepada kita maka nikmat Allah yang mana lagi yang hendak kita dustakan? Allah telah membuat hati yang muram menjadi tenang, yang suram menjadi bercahaya dan yang kerdil menjadi raksasa.

Sepertinya kita tidak boleh larut dalam kesedihan, kerana boleh jadi Allah menganugerahkan rasa sepi dalam hati kita untuk menguji betapa kuat cinta kita. Sehingga dengan sepi itu kita mampu untuk lebih khusyuk untuk mendekati-Nya.

Rasulullah SAW bersabda,
“ Sesungguhnya orang mukmin itu adalah orang yang luar biasa, seluruh perkara dalam hidupnya adalah baik baginya. Ketika mendapat kemudahan ia bersyukur.Itu adalah baik baginya dan apabila ia ditimpa kesulitan maka dia bersabar dan itupun juga adalah baik baginya.”

Monday 30 August 2010

"mari menari dengan Ku, mari menyanyi dengan Hu.."

Hu.. satu kata cinta yang ertinya hanya di pahami oleh pemegang mohor-mohor cinta. Hu.. satu helaan, irama yang azali di rima kan dari satu tiupan.. tanpa tiupan satu udara , tiada kita untuk kekal bernyawa, tiada kita untuk lazir zahiriah menyaksikan keadaan dunia nyata.. helaan sangka kala pertama menerbitkan kejadian manusia. jangan di lupa, kita datang dari satu udara, satu tiupan yang menitiskan kehidupan. dan kerana ALLAH kita hidup bernafas di dunia, dan kerana ALLAH, kita ada di dunia. dan kerana ALLAH juga kita kembali kepadanya bersatu bercinta..

bagaimana kita mampu merimakan satu kata cinta yang tiada tandingnya?
ada sembilan cara untuk kita bernyanyi memuji kalimat nya.

*sambil menghala nafas dan kemudian membuka mulut...

Huuuuuuuuuuuuuuu...
Hu dengan ria.. nadanya hidup segar...
Hu dengan duka.. nadanya sedu syahdu...
Hu dengan takut bimbang.. nadanya terpatah-patah menyerah..
Hu dengan kasiha.. nadanya lembut mendayu..
Hu dengan kehairanan.. nadanya seru-seru menderu..
Hu dengan keberanian.. nadanya menyentak melayang..
Hu dengan dengan cinta.. nadanya dalam terbenam...
Hu dengan acuh endah tak endah.. nadanya tiada...
HU dalam diam.. diam...
Huuuuuuuuuuuuuuu....


serunya disini untuk kita kekal bernyawa, merima kan kata nama cinta, dan demi kerana-NYA, ayuh lah kita bersama bercinta memuji-NYA.. sesungguhnya, bernafas itu salah satu zikir kita kepada ALLAH s.w.t...

*ayuh lah bersama kita memuji-NYA, bersama kita bercinta atas kerana nama cinta.. ALLAH..

Friday 30 July 2010

Monday 26 April 2010

aku dan diriku...

siapakah aku?
aku adalah aku!
aku adalah hamba Allah
aku adalah ummat Muhammad
aku ialah cucu Adam
aku ialah anak emak
aku ialah anak abah
aku adalah adik abang dan kakak
aku adalah abang adik-adikku
aku adalah penuntut ilmu
aku ialah pejuang agama, bangsa dan negara
aku ialah teman sahabatku
aku ialah teman kekasihku
walau siapa pun aku, terimalah aku seadanya...

Tuesday 6 April 2010

Aku Ingin Bebas

"aku ingin bebas, terbang ke langit biru, gapai bintang-bintang yang berdipan," aku ingin bebas merdeka, asalkan aku bahagia, dan juga aku terlibat dengan 378 mahupun aku hanya786, Alhamdulillah, aku mahu bebas dari menjadi seorang hamba kepada manusia. aku ingin bebas dan tidak mahu menjadi hamba sesiapa, mahupun menjdai hamba kepada si durjana pemerintah dunia. aku ingin kebebasan untuk berbuat apa-apa, kerna aku percaya aku tidak melakukan apa-apa kesalahan malah aku hanya ingin hidup aman berikutan aku tidak memberi ancaman kepda saudara ku yang lain. PEACE, satu keadaan damai yang tidak dapat di gambarkan, kerana ramai manusia mencari syurga dunia selamanya, bukan mencari syurga dunia ya. dan disinii aku ingin menegaskan , aku ingin bebas berbuat apa sahaja, tiada salah nya sekiran nya aku tahu niat sebenar, menyedarkan umat manusia supaya berada di atas satu landasan nya kerana bagi aku 1Malaysia hanya propaganda media untuk memajukan pentadbirannya, bukan menegakka kebenaran. aku ingin bebas tulis apa sahaja biarpun, puisi romantika, karangan budak tadika, ataupun irama musika. aku dan mereka, berjuang di atas landasan nya, jadi tidak salah untuk kami bebas merdeka melakukan apa sahaja, ini semua terjadi kerana takdir ilahi, pasti!

"let' get togther and feel alright!!!"
one air,  one love, one aim, one believed, one destiny!
=)

Saturday 3 April 2010

Bayangan

imbangan dicari

bersajak wajah api

tajam berduri


rindu semalam

muram lampu jalanan

bulan tersiksa


saringan zaman

generasi tragedi

syurganya palsu


ilusi mimpi

memasung inspirasi

sisa kenangan


Bayangan ini satu lagi intepretasi saya dalam bentuk penulisan daripada apa yang berlaku di sekeliling kita sekarang.Satu bentuk penulisan bebas yang punyai maksud yang dalam dan pelbagai.Saya serahkan pada pembaca untuk menilai dan mentafsirkan apa yang anda faham tentang Bayangan ini dari persepsi anda sendiri.Sekian.

Friday 2 April 2010

Lumpur Rakyat!

Nur bintang dimalam hari

Menembus lumpur

Angin malam menerpa hati

Terduduk lesu  berlinang-linang

Mengeluh merasa perih mencari keadilan

Usai sudahlah harapan hidup

Ditelan lumpur,ditelan lumpur

Menggores luka, rakyat menjerit-jerit

Kembalikan rumahku!

Sejahterakan hidupku!

Merangkul kekuasaan, kekayaan, dan jabatan

Presiden dan wakilnya menjadi linglung

Anggota parti ikut juga linglung

Manakah wang, manakah rakyat

Siapakah rakyat, siapakah wang

Thursday 1 April 2010

Hold My Hand

Lagu 'Hold My Hand' mempunyai maksud yang 'mendalam' kerana liriknya mengajak kita untuk bersatu dan itulah yang kami cuba bawa di blog SATUUDARA(SAUDARA). Kami akan manfaatkan SATUUDARA sebaik-sebaiknya untuk bersama menyumbang ke arah perpaduan ummah.

Selain itu, lagu ini mengatakan bahawa kita berkongsi matahari yang sama, maka, mengapa kita tak boleh berkongsi cinta yang sama? Pastinya cinta kepada Maha Pencipta dan cinta sesama manusia terutamanya jiran tetangga kita. Andai sesama kita mempunyai cinta dan kasih sayang yang halal, sudah pasti kita mampu hidup dalam dunia yang sangat indah!

Anda ingin bersatu dan mahu hidup di dunia yang lebih indah?Mari  berjuang bersama kami! :)


Lirik

I hear the flower’s kinda crying loud
The breeze’s sound in sad
Oh no
Tell me when did we become
So cold and empty inside
Lost a way long time ago
Did we really turn out blind
We don’t see that we keep hurting each other no
All we do is just fight

Now we share the same bright sun
The same round moon
Why don’t we share the same love
Tell me why not
Life is shorter than most have thought

Hold my hand
There are many ways to do it right

Hold my hand
Turn around and see what we have left behind

Hold my hand my friend
We can save the good spirit of me and you
For another chance
And let’s pray for a beautiful world
A beautiful world I share with you

Children seem like they’ve lost their smile
On the new blooded playgrounds
Oh no
How could we ignore , heartbreaking crying sounds
And we’re still going on
Like nobody really cares
And we just stopped feeling all the pain because
Like it’s a daily basic affair

Now we share the same bright sun,
The same round moon
Why don’t we share the same love
Tell me why not
Life is shorter than most have thought

Hold my hand
There are many ways to do it right

Hold my hand
Turn around and see what we have left behind

Hold my hand my friend
We can save the good spirit of me and you
For another chance
And let’s pray for a beautiful world
A beautiful world I share with you

No matter how far I might be
I’m always gonne be your neighbour
There’s only one small planet where to be
So I’m always gonna be your neighbour

We cannot hide, we can’t deny
That we’re always gonna be neighbours
You’re neighbour, my neighbour
We’re neighbours

So hold my hand
There are many ways to do it right

Hold my hand
Turn around and see what have left behind

So hold my hand
There are many ways to do it right

Hold my hand
Turn around and see what have left behind

Hold my hand my friend
We can save the good spirit of me and you

For another chance
And let’s pray for a beautiful world
A beautiful world I share with you

*****

Artist: Maher Zain
Album: Thank You Allah
Lyrics: Bilal Hajji
Melody: Maher Zain
Arrangement: Maher Zain
Copyright: Awakening Records 2009

Wednesday 31 March 2010

Dunia dan Manusia


dunia semakin kelam

kelam dengan provokasi gelap

gelap tidak bercahaya

tanpa sedikit sinar..

mata menjadi buta

mulut menjadi bisu

telinga menjadi tuli

hati?

semua bangga dengan diri

bangga melakukan kedurjanaan

tanpa ada rasa resah

resah akan balasan Tuhan.

inikah makhluk sempurna ciptaan Illahi?

ya!inilah makhluk sempurna itu

sempurnanya hingga hilang arah dan tujuan

menghambakan diri pada yang Satu.

manusia sering lupa

azalinya memang sebegitu

mudah disogok dengan sesuatu yang baru

sogokan membinasa diri.



Tuesday 30 March 2010

ada apa ada?

ada duit , boleh beli dunia,

ada kuasa , boleh kawal dunia,

ada pangkat, boleh hidup berleluasa,

ada harta, kaya keturunannya,

ada nama, terkenal seluruh negara,

ada kad kuasa, bebas buat apa saja.

ada adab, pantau dosa pahala,

ada hak, bebas bersuara,

ada hak, hak kebebasan bersama.

ada cinta, kita kongsi bersama,

ada keluarga, hidup sangat bahagia,

ada saudara, kongsi segala nya.

ada mereka , ada kita.


p/s ; ada ke hak bebas bersuara?
~ayat mangsa penindasan, terminal tomyam~

Sunday 28 March 2010

benarkah sejagat bangsa hidup tanpa sembahan dewa durjana?

mula kisah cerita, di mana si dara dan teruna gila merentasi lautan api yang di salur kan melalui jaring-jaring kehidupan metropolitan. perjalanan penuh ranjau ujian daripada pembekal ayam jantan dan pendakwaan manusia sebagai kambing hitam yang meragut rumput bekalan sialan yang berlegar-legar di sepanjang perjalan yang tertempa bersama. masih kah kau ingat, kita bercanda mesra di satu pasar budaya cina di tengah ibu kota, sewaktu kita berbahagia tanpa pencemaran udara daripada senjata nuklear berbisa pihak mereka, aku, kau dan kita, sama serupa, memerhati sebentuk piala ukiran si penjual yang mencari keuntungan. akan tetapi, kenapa piala yang di katakan seperti senjata nuklear yang membantu memperbanyakkan penyalaan api itu, masih bebas di jual di sana.kenapa? apabila di tanya mengapa, mereka menjawab, "usah di tanya dan aku tahu kau tahu kenapa ada di jual di sana." itu adalah suara sang berkuasa yang berani mempertaruhkan nyawa untuk membantu operasi penyembahan dewa-dewa. jangan di lupa, kenapa mereka menggunakan bahan nuklear itu, bukan lah untuk merosakkan kesihatan kita sahaja, tetapi juga melibatkan pencemaran yang merosakkan minda dan akhlak anak muda. argh!!! konon kata nya banteras bersama, tetapi kenapa ada yang masih bebas berdurjana di atas dunia? si gergasi batu di sana, gergasi hijau terus mewarna, makhluk halus debu putih bebas beromen mesra dengan gadis-gadis kaya. mana politik nya? mana perjuangan nya? katakan mereka sama tidak sempurna, katakan mereka manusia yang sama dan datang dari satu udara. akan tetapi, mana adil nya? mana keadilan nya? buat si rakyat yang ingin bebas beramah mesra berkongsi idea di kedai makan sebelah tanjung sana, di tahan dan di ancam tanpa rela berikutan konon kata mereka itu adalah penyalah gunaan bahan nuklear. tidak, keadilan kian di lupa, mereka tidak berbuat apa-apa selain berkongsi isu semasa dan pelbagai idea untuk perkembangan minda muda anak bangsa, kenapa mereka perlu di perlakukan seperti mereka sangat hina kerana terpengaruh dengan media masa, hina ke mereka? sepatutnya mereka perlu di bendung dan di kawal dalam keadaan yang damai tanpa pertumpahan darah dari muka dan lubang jubur nya, mereka masih muda, masih boleh di bentuk kerana remaja masih seperti buluh yang panjang nya sedepa dua, masih muda dan masih boleh di pantau kemajuan minda nya, kenapa mereka di perlakukan hina, di ancam dengan ugutan pecahan muka, tetapi mereka lupa, para peniaga masih berdagang piala di raja sang durjana pembesar yang menerajui perniagaan nuklear yang merosakkan kan sejagat bangsa manusia. mereka bebas berniaga, seperti mana yang di kenal pasti, pihak yang memperjuangkan integriti sendiri telah lupa dan menerima wang daripada pembekalan ayam jantan dan rumput makanan kambing hitam yang melingkari kehidupan di serata pelosok dunia. mana adil nya? mana pergi demokrasi terpimpin yang di wariskan oleh budaya kita, budaya manusia yang menyembah tuhan yang sama. sekira nya ini adalah nota yang di anggap merbahaya, adalah sesungguhnya senjata dan pemprosesan bahan nuklear di sekitar kita lebih bahaya, ini hanya penulisan carutan manusia gila yang konon nya bakal menghuni wad dahlia mengikut akta yang diperkatakan mereka. aku tidak lupa, episod kau itu hanya cerita muka depan oleh mereka, kau tahu aku tahu, dan aku tahu kau tahu, kita siapa.



~petaling street waktu senja negeri belanda, cinta dan perjalanan cerita bunga

Wednesday 24 March 2010

facism and anti-facism




ok lah. macam ni mula, kat sini aku cuba nak kongsi pasal facism dan anti-facism. setakat mana yang korang boleh terangkan facism ni? maybe setengah pendapat jawab, ia adalah kongsep bermuka-muka. atau facist dalam oxford mengatakan facist adalah golongan yang menyekutukan orang-orang politik saya kanan, which is , we all knew that it was the right path of life in choosing right.. cukup dengan bahasa penjajah, sebab idola aku adalah abid yang sentiasa menulis menggunakan bahasa malaysia dan itu adalah perjuangan memartabatkan bangsa.

"wah. tetapi aku sudah seperti bermuka-muka dengan penggunaan bahasa bukan?",
 masih lagi memilih secara racist dalam penggunaan bahasa Malaysia atau inggeris?, ini pon sudah cukup membuktikan, racism secara tidak  langsung berkaitan dan turut memainkan peranan penting dalam menentukan facism. bermuka-muka dalam memilih atau pon menilai sesuatu perkara abgi kepentingan dunia.
argh! aku dah mula nak cakap terus terang sebab aku pernah berada di suatu daerah yang di kenali dengan kehidupan jalanan dalam penentangan ( punk ), setakat mana kau nak  tentang kejadah ni? kau sendiri yang bermuka-muka dalam politik kehidupan harian kau, kau tak sedar?  kau sendiri bercanda mesra sambil bermuka-muka? ingat aku apa? buta? itu adalah salah satu apa yang aku perasaan tentang kau bila kau ada bersama?

pakatan lama yang kau telah buat dahulu kala dengan kawan baik belah saudara kau itu lah kau punya pakatan, dalam tak sedar, kau sendiri bermuka-muka. so, x payah lah nak cakap yang korang ini anti-racism yang konon nya korang ni bukan lah facism dan memperjuangkan anti-facist. hahahahaha. ( gelak atas muka )


korang sendiri yang bawa konsep ini. ok lah.
aku sendiri pon sama, aku sendiri bermuka-muka, akan tetapi aku bermuka-muka dengan kau sebab nak kau tahu mana baik tau buruk dengan kata niat nak bagi kau pengajaran. dan secara tidak langsung, ini untuk kau dan aku belajar dalam pratikal kehidupan tanpa teori yang yan g kita cara selama ini dalam kelas pembelajaran inggeris di setiap sekolah. aku bermuka-muka dengan kau atas sebab aku rasa aku tak cukup sempurna untuk hidup dengan kau, sebab aku kurang minat dengan orang yang hanya tahu mahu menang dan tidak mahu kalah, dan paling penting, sukar untuk menerima kekalahan, bila kau kalah, kau nak jugak menang. "nah ambik kau, apa aku kisah, bukan dapat piala atau pahala pon setakat main kejadah haram ni" -pusat snooker.
 aku sendiri tak paham, mengapa kau sibuk nak paham politik negara luar, team bola sepak luar, artis penyanyi luar. kau tak fikir pasal politik keliling kau? asyik sibuk dengan negara atas angin, tapi kau lupa pasal Malaysia. macam mana negara nak maju andai kata rakyat dan pemimpin sendiri asyik sibuk dengan negara luar, sedang kan Lee Chong Wei cipta sejarah pon kau tak tahu? konon lah benar kau menetang penjajahan barat akan tetapi kau sendiri sudah diperbaratkan daripada barat. " kau paham?"

bak kata si kembang, "megalomania dalam kehidupan. faham apa konsep megalomania, adalah seseorang yang masih rasa tidak cukup dengan apa yang dia ada.masih lagi tidak bersyukur dengan nikmat kurniaan yang sudah di bagi oleh sang berkuasa bumi. kenapa kau nak kuasa? nak kontrol pergerakana manusia? kau kata kau sempurna, tetapi kau tetap sama, kongsi satu udara dengan beliau, mereka dan kita. kita-kita. dua kali kita. sama dengan dua kali muka. satu kita, satu muka, tak lupa, satu malaysia.

dah, sebagai konklusi , aku nak tutup cerita nin, sebab nak mengelakkan pergaduhan perpaduan, ayuh lah rakan semua, bangkit lah, sedra lah. jangan kau tewas dengan propaganda si media amerika kerana di saat kegemilngan holywood, pembesar dajjal mata satu telah pun di sana. ayuh lah, henti daripada hina, henti dan nilai serta muhasbah minda semua, ayuh kita menuju puncak yang sama. andai kata anda tahu niat anda, anda tidak adalah masalah dalam menyukutu si facist dan anti-facist, akan tetapi, niat itu seharus nya adalah niat yang baik.


"malam  kian berlalu, kau masih di situ"

Saturday 20 March 2010

SatuUdara

apa yang anda faham dengan Saudara? Satuudara? Saudara mengikut nama blog ini berasas dari dua perkataan iaitu sa (satu) dan udara. Saudara juga difahami sebagai hubungan. Kebiasaannya saudara lebih difahami sebagai hubungan antara keluarga. Tetapi, kami lebih suka melabelkan saudara sebagai hubungan antara agama, hubungan antara bangsa dan hubungan antara negara. Perkataan sa dan udara itu sendiri yangnmembawa maksud satu udara melihatkan semua makhluk hidup dan bukan hidup di atas muka bumi ini berkongsi udara yang sama. Betapa besarnya anugerah tuhan kepada kita supaya kita saling kenal mengenali antara satu sama lain dan bukannya saling musuh-musuhi. SAUDARA juga menyokong agenda atau slogan atau saranan Perdana Menteri Malaysia Ke-6, Dato Seri Najib Tun Razak SATU MALAYSIA yang lebih menggalakkan perpaduan antara kaum yang berbilang agama dan bangsa di Malaysia. Ianya salah satu usaha murni bagi membina satu tamadun yang hebat. Perpaduan antara masyarakat sebenarnya tidak cukup untuk membina satu masyarakat yang hebat, tetapi sikap kasih-mengasihi dan hormat-menghormati merupakan tunjang utama bagi membina masyarakat yang hebat.

ingat, kita kongsi satu udara, sedut oksigen yang sama!

Thursday 18 March 2010

cerita permbunuh bersiri versi sepi sendiri ( dari diari hitam! )

ada manusia tanya, kau ni gila ke? stoned ke? wah. mencari kesalahan manusia lain adalah salah satu nilai buruk dalam menentang ciptaan ilahi. ini adalah salah satu yang ditemui dalam mencari cinta abadi. membina hubungan antara satu sama lain, ini bukan civilasi, ini bukan konspirasi, ini bukan tempat diskriminasi. manusia yang hidup di pasca kiamat hari ini, hanya berlandaskan nama, harta, gaya, kepuasan sendiri serta khayalan dadah merbahaya. manusia hanya menerima idea bijak akan tetapi kadang-kala lupa dan menolak idea jimat. ini sering kali terjadi, di sini, di sana. manusia tidak sama pada dasarnya, kerana banyak perjanjian telah termeterai antara mereka dengan dunia yang huru-haraberikutan amukan tekad dari satu makhluk yang kini konon nya di anggap sebagi penyelamat dunia.

mood ;  diskriminasi manusia babi.

Friday 12 March 2010

cerita si kambing!

melihat langit membiru di atas kepala..
mengapa..kenapa..
titisan itu membuatkannya terus berlari mencari sepohon  teduhan..
terus menerus mencari..
kebasahan itu satu pasti..
elak.. masih lagi ingin mengelakkan diri..
menjauhi satu yang pasti..
bodohkah realiti itu..
atau kami yang si pemerhati masih sakit lagi hati kerna mencabar kebenaran?
"ayam, mu ayam! "
kata ayam kepada si kambing.
mungkinkah.. adakah hujan lagi mendatang..
rupanya siapakah ayam? kambing itu rupanya ayam.. kambing?
ini hanya cerita si kambing..
takutkan hujan, manusia pun sama.
siapa kambing? siapa ayam? manusia?
apa itu? hee.

~sex luar tabii..


by : yon!

Wednesday 10 March 2010

malam itu, malam itu!

malam itu, malam itu, kami seperti biasa melakukan aktiviti sebagai penduduk bumi. malam itu berlalu seperti sedia kala di mana kami satu udara masih berjaga sehingga fajar pagi. seperti sedia, pihak pengawal trafik di radio, tidor dan nyenyak di stesen pengawasan. tiba-tiba mereka, di kejot kan dengan panggilan kecemasan oleh satu pihak mangsa kejadian. kejadian pada malam itu, adalah kejadian kebakaran di mana seperti yang di dengari dari pihak media terdekat mengatakan, sekumpulan pelajar bermain pemetik api dan menyebabkan kebakaran tilam.

"rumah terbakar panggil bomba, bomba datang berlumba-lumba, anak kambing patah kaki, anak kambing pandai menari. "

seperti lumrah kehidupan manusia, bangkit dari tidur apabila ada kejadian pelik di mana pihak bomba datang berlumba untuk memadamkan kebakaran. kami skuad satu udara telah bergegas keluar dari bilik selepas melihat perlumbaan kereta bomba daripada jendela. kami dengan berpakaian biasa seperti penduduk yang lain keluar dari rumah untuk mengetahui tentang kejadian. mula lah, timbul pelbagai tanda tanya, apa yang terjadi? di tingkat berapa?

kami skuad satu udara bergegas untuk mengetahui apa yang sedang berlaku. wak dengan fon berkamera ( belum mampu beli video recorder), merakam kan kejadian. kami dari tingkat ats bergerak kebawah, tingkat parkir kenderaan kerana khuatir, takot jikalau ninja dan waja terbakar. dari aras 2, kami memerhati, ada tiga kereta bomba datang. hanya kerana kebakaran tilam? dari aras dua kami bergerak ke lokasi kejadian setelah mengetahui apa yang terjadi daripada jaga yang berkasut kilat, ( biarlah, baru naik pangkat atau naik gaji). dengan menggunakan lif, kami naik ke tingkat sebelas untuk mengenal pasti kebenaran si pemberita media prima jaga.

setiba nya di atas, kami melihat, ramai pelajar yang menginap di asrama bukit ini bermain air. mungkin bomba sempat padamkan api. tapi yang pelik, semasa keluar dari rumah, kami tidak nampak walau seorang pon ahli bomba dan penyelamat menaiki tangga. itu satu tanda tanya.
kami mengambil keputusan untuk pulang dan kembali menunggu lif untuk turun. dan kami menaiki lif yang sama dengan skuad penyelamat. dan bermula lah dialog ,

mamak ; "apelah budak-budak ni, baru duduk sekejap dah na main2. cyan pakcik bomba ni dtg mlm2.",
p'cik pakai seragam ; "korang na g mana budak2?."
mamak ; "turun la."
p'cik pakai seragam ; "korang ni mcm ape, ada kes bukan na berlari turun, ni kan pulak nak sibuk pergi tengok, BANGSAT

skuad satu udara tercengang dan..

salah seorang ahli skuad menjawab ; "bagaimana dengan pak cik ni , sy x buta, sy ingat signboard kt depan lif, jangan gunakan lif semasa kebakaran."
ahli skuad ; "jangan gunakan lif semasa kebakaran, gunakan tangga"
mamak ; " sebab lif na digunakan oleh bomba semasa kebakaran"


huhuhu.. bomba guna lif semasa kebakaran.
adakah ia benar akan kebakaran?
"weh, rokok tu terbakar"

kami bangsat sangat ke? kenapa belia muda yang ingin mengetahui sesuatu kejadian melalui satu cabaran kerana ingin mencari kelainan, di kasari dengan kata kesat BANGSAT oleh para petugas yang datang menyelamat.
trima kasih sebab ajar adat manusia, ttg rescue911.
bukan mintak dan berdoa pada tuhan.
kerna itulah yang sebenar nya kehidupan.
bermohon kepada tuhan bukan NINEONEONE.

bangsat kah aku? kau?

Monday 8 March 2010

cerita ujikaji secebis dadah

salam. apa khabar kwn2?
di sini, aku na mulakan cerita ttg sekumpulan masyarakat asli yg hidop dlm hutan batu dan mencari secebis kasih putih. ok. main point dia pasal dadah. apa yg anda paham ttg dadah? dadah adalah satu benda atau bahann yang buat kita ketagih. dan akhir nya, mereka cuba untuk mengkaji dadah itu. manusia ni umpama ubatan yg berkeliaran di jalanan, dan akhir nya, mereka ketagih untuk mengkaji manusia, sebagaimana pihak barat lakukan semasa melakukan penjajahan ke atas mereka dan kita. kita turut di kaji dan di peradaptasikan kepada pelbagai jenis kehidupan. adakah ini satu cara mereka membawa perubahan? atau pun pemesongan minda anak2 muda? mereka telah lama beralih arah dan cuba mengikut jalan yang sukar. apa yang boleh jadi dadah? n-gage 2 pon dh mcm dadah, lo sehari x pgg, x sah. apa lagi nusantara, dunhill dan pelbagai jenis jarum api putih  yang di bekalkan oleh pihak berkuasa. bagaimana kah untuk kita menghindari sikap ini? andai kata korang tahu rokok itu x bgos untuk kesihatan, tapi kenapa makin banyk jenis rokok dpt tanda MY pada bungkusan rokok tersebut? di mana pegangan mu?

Friday 26 February 2010

Redempsi-mimpi-basi




salam. ni sbenar nye na kongsi, aku dh berjaya siap kan zine yg cbe2 bwat smbil dok buang mase. hehehe.
cita2 aku, na jadi seorang penulis. zine ni umpama journal yg aku tulis mase aku berjalan dan mengembara. drpd idea dan isi yg di kongsi bersama kwn2, idea kwn2 dan sumbangan kwn2, aku dapat jgak siap kan. harga dlm rm5 la kot. thanks kwn2 sbb sudi support. lo na , bleh kot dptkan. hehehe. sekali lagi, thx kwn2, semoga seronok dlm membaca. =)