Wednesday 31 March 2010

Dunia dan Manusia


dunia semakin kelam

kelam dengan provokasi gelap

gelap tidak bercahaya

tanpa sedikit sinar..

mata menjadi buta

mulut menjadi bisu

telinga menjadi tuli

hati?

semua bangga dengan diri

bangga melakukan kedurjanaan

tanpa ada rasa resah

resah akan balasan Tuhan.

inikah makhluk sempurna ciptaan Illahi?

ya!inilah makhluk sempurna itu

sempurnanya hingga hilang arah dan tujuan

menghambakan diri pada yang Satu.

manusia sering lupa

azalinya memang sebegitu

mudah disogok dengan sesuatu yang baru

sogokan membinasa diri.



Tuesday 30 March 2010

ada apa ada?

ada duit , boleh beli dunia,

ada kuasa , boleh kawal dunia,

ada pangkat, boleh hidup berleluasa,

ada harta, kaya keturunannya,

ada nama, terkenal seluruh negara,

ada kad kuasa, bebas buat apa saja.

ada adab, pantau dosa pahala,

ada hak, bebas bersuara,

ada hak, hak kebebasan bersama.

ada cinta, kita kongsi bersama,

ada keluarga, hidup sangat bahagia,

ada saudara, kongsi segala nya.

ada mereka , ada kita.


p/s ; ada ke hak bebas bersuara?
~ayat mangsa penindasan, terminal tomyam~

Sunday 28 March 2010

benarkah sejagat bangsa hidup tanpa sembahan dewa durjana?

mula kisah cerita, di mana si dara dan teruna gila merentasi lautan api yang di salur kan melalui jaring-jaring kehidupan metropolitan. perjalanan penuh ranjau ujian daripada pembekal ayam jantan dan pendakwaan manusia sebagai kambing hitam yang meragut rumput bekalan sialan yang berlegar-legar di sepanjang perjalan yang tertempa bersama. masih kah kau ingat, kita bercanda mesra di satu pasar budaya cina di tengah ibu kota, sewaktu kita berbahagia tanpa pencemaran udara daripada senjata nuklear berbisa pihak mereka, aku, kau dan kita, sama serupa, memerhati sebentuk piala ukiran si penjual yang mencari keuntungan. akan tetapi, kenapa piala yang di katakan seperti senjata nuklear yang membantu memperbanyakkan penyalaan api itu, masih bebas di jual di sana.kenapa? apabila di tanya mengapa, mereka menjawab, "usah di tanya dan aku tahu kau tahu kenapa ada di jual di sana." itu adalah suara sang berkuasa yang berani mempertaruhkan nyawa untuk membantu operasi penyembahan dewa-dewa. jangan di lupa, kenapa mereka menggunakan bahan nuklear itu, bukan lah untuk merosakkan kesihatan kita sahaja, tetapi juga melibatkan pencemaran yang merosakkan minda dan akhlak anak muda. argh!!! konon kata nya banteras bersama, tetapi kenapa ada yang masih bebas berdurjana di atas dunia? si gergasi batu di sana, gergasi hijau terus mewarna, makhluk halus debu putih bebas beromen mesra dengan gadis-gadis kaya. mana politik nya? mana perjuangan nya? katakan mereka sama tidak sempurna, katakan mereka manusia yang sama dan datang dari satu udara. akan tetapi, mana adil nya? mana keadilan nya? buat si rakyat yang ingin bebas beramah mesra berkongsi idea di kedai makan sebelah tanjung sana, di tahan dan di ancam tanpa rela berikutan konon kata mereka itu adalah penyalah gunaan bahan nuklear. tidak, keadilan kian di lupa, mereka tidak berbuat apa-apa selain berkongsi isu semasa dan pelbagai idea untuk perkembangan minda muda anak bangsa, kenapa mereka perlu di perlakukan seperti mereka sangat hina kerana terpengaruh dengan media masa, hina ke mereka? sepatutnya mereka perlu di bendung dan di kawal dalam keadaan yang damai tanpa pertumpahan darah dari muka dan lubang jubur nya, mereka masih muda, masih boleh di bentuk kerana remaja masih seperti buluh yang panjang nya sedepa dua, masih muda dan masih boleh di pantau kemajuan minda nya, kenapa mereka di perlakukan hina, di ancam dengan ugutan pecahan muka, tetapi mereka lupa, para peniaga masih berdagang piala di raja sang durjana pembesar yang menerajui perniagaan nuklear yang merosakkan kan sejagat bangsa manusia. mereka bebas berniaga, seperti mana yang di kenal pasti, pihak yang memperjuangkan integriti sendiri telah lupa dan menerima wang daripada pembekalan ayam jantan dan rumput makanan kambing hitam yang melingkari kehidupan di serata pelosok dunia. mana adil nya? mana pergi demokrasi terpimpin yang di wariskan oleh budaya kita, budaya manusia yang menyembah tuhan yang sama. sekira nya ini adalah nota yang di anggap merbahaya, adalah sesungguhnya senjata dan pemprosesan bahan nuklear di sekitar kita lebih bahaya, ini hanya penulisan carutan manusia gila yang konon nya bakal menghuni wad dahlia mengikut akta yang diperkatakan mereka. aku tidak lupa, episod kau itu hanya cerita muka depan oleh mereka, kau tahu aku tahu, dan aku tahu kau tahu, kita siapa.



~petaling street waktu senja negeri belanda, cinta dan perjalanan cerita bunga

Wednesday 24 March 2010

facism and anti-facism




ok lah. macam ni mula, kat sini aku cuba nak kongsi pasal facism dan anti-facism. setakat mana yang korang boleh terangkan facism ni? maybe setengah pendapat jawab, ia adalah kongsep bermuka-muka. atau facist dalam oxford mengatakan facist adalah golongan yang menyekutukan orang-orang politik saya kanan, which is , we all knew that it was the right path of life in choosing right.. cukup dengan bahasa penjajah, sebab idola aku adalah abid yang sentiasa menulis menggunakan bahasa malaysia dan itu adalah perjuangan memartabatkan bangsa.

"wah. tetapi aku sudah seperti bermuka-muka dengan penggunaan bahasa bukan?",
 masih lagi memilih secara racist dalam penggunaan bahasa Malaysia atau inggeris?, ini pon sudah cukup membuktikan, racism secara tidak  langsung berkaitan dan turut memainkan peranan penting dalam menentukan facism. bermuka-muka dalam memilih atau pon menilai sesuatu perkara abgi kepentingan dunia.
argh! aku dah mula nak cakap terus terang sebab aku pernah berada di suatu daerah yang di kenali dengan kehidupan jalanan dalam penentangan ( punk ), setakat mana kau nak  tentang kejadah ni? kau sendiri yang bermuka-muka dalam politik kehidupan harian kau, kau tak sedar?  kau sendiri bercanda mesra sambil bermuka-muka? ingat aku apa? buta? itu adalah salah satu apa yang aku perasaan tentang kau bila kau ada bersama?

pakatan lama yang kau telah buat dahulu kala dengan kawan baik belah saudara kau itu lah kau punya pakatan, dalam tak sedar, kau sendiri bermuka-muka. so, x payah lah nak cakap yang korang ini anti-racism yang konon nya korang ni bukan lah facism dan memperjuangkan anti-facist. hahahahaha. ( gelak atas muka )


korang sendiri yang bawa konsep ini. ok lah.
aku sendiri pon sama, aku sendiri bermuka-muka, akan tetapi aku bermuka-muka dengan kau sebab nak kau tahu mana baik tau buruk dengan kata niat nak bagi kau pengajaran. dan secara tidak langsung, ini untuk kau dan aku belajar dalam pratikal kehidupan tanpa teori yang yan g kita cara selama ini dalam kelas pembelajaran inggeris di setiap sekolah. aku bermuka-muka dengan kau atas sebab aku rasa aku tak cukup sempurna untuk hidup dengan kau, sebab aku kurang minat dengan orang yang hanya tahu mahu menang dan tidak mahu kalah, dan paling penting, sukar untuk menerima kekalahan, bila kau kalah, kau nak jugak menang. "nah ambik kau, apa aku kisah, bukan dapat piala atau pahala pon setakat main kejadah haram ni" -pusat snooker.
 aku sendiri tak paham, mengapa kau sibuk nak paham politik negara luar, team bola sepak luar, artis penyanyi luar. kau tak fikir pasal politik keliling kau? asyik sibuk dengan negara atas angin, tapi kau lupa pasal Malaysia. macam mana negara nak maju andai kata rakyat dan pemimpin sendiri asyik sibuk dengan negara luar, sedang kan Lee Chong Wei cipta sejarah pon kau tak tahu? konon lah benar kau menetang penjajahan barat akan tetapi kau sendiri sudah diperbaratkan daripada barat. " kau paham?"

bak kata si kembang, "megalomania dalam kehidupan. faham apa konsep megalomania, adalah seseorang yang masih rasa tidak cukup dengan apa yang dia ada.masih lagi tidak bersyukur dengan nikmat kurniaan yang sudah di bagi oleh sang berkuasa bumi. kenapa kau nak kuasa? nak kontrol pergerakana manusia? kau kata kau sempurna, tetapi kau tetap sama, kongsi satu udara dengan beliau, mereka dan kita. kita-kita. dua kali kita. sama dengan dua kali muka. satu kita, satu muka, tak lupa, satu malaysia.

dah, sebagai konklusi , aku nak tutup cerita nin, sebab nak mengelakkan pergaduhan perpaduan, ayuh lah rakan semua, bangkit lah, sedra lah. jangan kau tewas dengan propaganda si media amerika kerana di saat kegemilngan holywood, pembesar dajjal mata satu telah pun di sana. ayuh lah, henti daripada hina, henti dan nilai serta muhasbah minda semua, ayuh kita menuju puncak yang sama. andai kata anda tahu niat anda, anda tidak adalah masalah dalam menyukutu si facist dan anti-facist, akan tetapi, niat itu seharus nya adalah niat yang baik.


"malam  kian berlalu, kau masih di situ"

Saturday 20 March 2010

SatuUdara

apa yang anda faham dengan Saudara? Satuudara? Saudara mengikut nama blog ini berasas dari dua perkataan iaitu sa (satu) dan udara. Saudara juga difahami sebagai hubungan. Kebiasaannya saudara lebih difahami sebagai hubungan antara keluarga. Tetapi, kami lebih suka melabelkan saudara sebagai hubungan antara agama, hubungan antara bangsa dan hubungan antara negara. Perkataan sa dan udara itu sendiri yangnmembawa maksud satu udara melihatkan semua makhluk hidup dan bukan hidup di atas muka bumi ini berkongsi udara yang sama. Betapa besarnya anugerah tuhan kepada kita supaya kita saling kenal mengenali antara satu sama lain dan bukannya saling musuh-musuhi. SAUDARA juga menyokong agenda atau slogan atau saranan Perdana Menteri Malaysia Ke-6, Dato Seri Najib Tun Razak SATU MALAYSIA yang lebih menggalakkan perpaduan antara kaum yang berbilang agama dan bangsa di Malaysia. Ianya salah satu usaha murni bagi membina satu tamadun yang hebat. Perpaduan antara masyarakat sebenarnya tidak cukup untuk membina satu masyarakat yang hebat, tetapi sikap kasih-mengasihi dan hormat-menghormati merupakan tunjang utama bagi membina masyarakat yang hebat.

ingat, kita kongsi satu udara, sedut oksigen yang sama!

Thursday 18 March 2010

cerita permbunuh bersiri versi sepi sendiri ( dari diari hitam! )

ada manusia tanya, kau ni gila ke? stoned ke? wah. mencari kesalahan manusia lain adalah salah satu nilai buruk dalam menentang ciptaan ilahi. ini adalah salah satu yang ditemui dalam mencari cinta abadi. membina hubungan antara satu sama lain, ini bukan civilasi, ini bukan konspirasi, ini bukan tempat diskriminasi. manusia yang hidup di pasca kiamat hari ini, hanya berlandaskan nama, harta, gaya, kepuasan sendiri serta khayalan dadah merbahaya. manusia hanya menerima idea bijak akan tetapi kadang-kala lupa dan menolak idea jimat. ini sering kali terjadi, di sini, di sana. manusia tidak sama pada dasarnya, kerana banyak perjanjian telah termeterai antara mereka dengan dunia yang huru-haraberikutan amukan tekad dari satu makhluk yang kini konon nya di anggap sebagi penyelamat dunia.

mood ;  diskriminasi manusia babi.

Friday 12 March 2010

cerita si kambing!

melihat langit membiru di atas kepala..
mengapa..kenapa..
titisan itu membuatkannya terus berlari mencari sepohon  teduhan..
terus menerus mencari..
kebasahan itu satu pasti..
elak.. masih lagi ingin mengelakkan diri..
menjauhi satu yang pasti..
bodohkah realiti itu..
atau kami yang si pemerhati masih sakit lagi hati kerna mencabar kebenaran?
"ayam, mu ayam! "
kata ayam kepada si kambing.
mungkinkah.. adakah hujan lagi mendatang..
rupanya siapakah ayam? kambing itu rupanya ayam.. kambing?
ini hanya cerita si kambing..
takutkan hujan, manusia pun sama.
siapa kambing? siapa ayam? manusia?
apa itu? hee.

~sex luar tabii..


by : yon!

Wednesday 10 March 2010

malam itu, malam itu!

malam itu, malam itu, kami seperti biasa melakukan aktiviti sebagai penduduk bumi. malam itu berlalu seperti sedia kala di mana kami satu udara masih berjaga sehingga fajar pagi. seperti sedia, pihak pengawal trafik di radio, tidor dan nyenyak di stesen pengawasan. tiba-tiba mereka, di kejot kan dengan panggilan kecemasan oleh satu pihak mangsa kejadian. kejadian pada malam itu, adalah kejadian kebakaran di mana seperti yang di dengari dari pihak media terdekat mengatakan, sekumpulan pelajar bermain pemetik api dan menyebabkan kebakaran tilam.

"rumah terbakar panggil bomba, bomba datang berlumba-lumba, anak kambing patah kaki, anak kambing pandai menari. "

seperti lumrah kehidupan manusia, bangkit dari tidur apabila ada kejadian pelik di mana pihak bomba datang berlumba untuk memadamkan kebakaran. kami skuad satu udara telah bergegas keluar dari bilik selepas melihat perlumbaan kereta bomba daripada jendela. kami dengan berpakaian biasa seperti penduduk yang lain keluar dari rumah untuk mengetahui tentang kejadian. mula lah, timbul pelbagai tanda tanya, apa yang terjadi? di tingkat berapa?

kami skuad satu udara bergegas untuk mengetahui apa yang sedang berlaku. wak dengan fon berkamera ( belum mampu beli video recorder), merakam kan kejadian. kami dari tingkat ats bergerak kebawah, tingkat parkir kenderaan kerana khuatir, takot jikalau ninja dan waja terbakar. dari aras 2, kami memerhati, ada tiga kereta bomba datang. hanya kerana kebakaran tilam? dari aras dua kami bergerak ke lokasi kejadian setelah mengetahui apa yang terjadi daripada jaga yang berkasut kilat, ( biarlah, baru naik pangkat atau naik gaji). dengan menggunakan lif, kami naik ke tingkat sebelas untuk mengenal pasti kebenaran si pemberita media prima jaga.

setiba nya di atas, kami melihat, ramai pelajar yang menginap di asrama bukit ini bermain air. mungkin bomba sempat padamkan api. tapi yang pelik, semasa keluar dari rumah, kami tidak nampak walau seorang pon ahli bomba dan penyelamat menaiki tangga. itu satu tanda tanya.
kami mengambil keputusan untuk pulang dan kembali menunggu lif untuk turun. dan kami menaiki lif yang sama dengan skuad penyelamat. dan bermula lah dialog ,

mamak ; "apelah budak-budak ni, baru duduk sekejap dah na main2. cyan pakcik bomba ni dtg mlm2.",
p'cik pakai seragam ; "korang na g mana budak2?."
mamak ; "turun la."
p'cik pakai seragam ; "korang ni mcm ape, ada kes bukan na berlari turun, ni kan pulak nak sibuk pergi tengok, BANGSAT

skuad satu udara tercengang dan..

salah seorang ahli skuad menjawab ; "bagaimana dengan pak cik ni , sy x buta, sy ingat signboard kt depan lif, jangan gunakan lif semasa kebakaran."
ahli skuad ; "jangan gunakan lif semasa kebakaran, gunakan tangga"
mamak ; " sebab lif na digunakan oleh bomba semasa kebakaran"


huhuhu.. bomba guna lif semasa kebakaran.
adakah ia benar akan kebakaran?
"weh, rokok tu terbakar"

kami bangsat sangat ke? kenapa belia muda yang ingin mengetahui sesuatu kejadian melalui satu cabaran kerana ingin mencari kelainan, di kasari dengan kata kesat BANGSAT oleh para petugas yang datang menyelamat.
trima kasih sebab ajar adat manusia, ttg rescue911.
bukan mintak dan berdoa pada tuhan.
kerna itulah yang sebenar nya kehidupan.
bermohon kepada tuhan bukan NINEONEONE.

bangsat kah aku? kau?

Monday 8 March 2010

cerita ujikaji secebis dadah

salam. apa khabar kwn2?
di sini, aku na mulakan cerita ttg sekumpulan masyarakat asli yg hidop dlm hutan batu dan mencari secebis kasih putih. ok. main point dia pasal dadah. apa yg anda paham ttg dadah? dadah adalah satu benda atau bahann yang buat kita ketagih. dan akhir nya, mereka cuba untuk mengkaji dadah itu. manusia ni umpama ubatan yg berkeliaran di jalanan, dan akhir nya, mereka ketagih untuk mengkaji manusia, sebagaimana pihak barat lakukan semasa melakukan penjajahan ke atas mereka dan kita. kita turut di kaji dan di peradaptasikan kepada pelbagai jenis kehidupan. adakah ini satu cara mereka membawa perubahan? atau pun pemesongan minda anak2 muda? mereka telah lama beralih arah dan cuba mengikut jalan yang sukar. apa yang boleh jadi dadah? n-gage 2 pon dh mcm dadah, lo sehari x pgg, x sah. apa lagi nusantara, dunhill dan pelbagai jenis jarum api putih  yang di bekalkan oleh pihak berkuasa. bagaimana kah untuk kita menghindari sikap ini? andai kata korang tahu rokok itu x bgos untuk kesihatan, tapi kenapa makin banyk jenis rokok dpt tanda MY pada bungkusan rokok tersebut? di mana pegangan mu?