Monday 30 August 2010

"mari menari dengan Ku, mari menyanyi dengan Hu.."

Hu.. satu kata cinta yang ertinya hanya di pahami oleh pemegang mohor-mohor cinta. Hu.. satu helaan, irama yang azali di rima kan dari satu tiupan.. tanpa tiupan satu udara , tiada kita untuk kekal bernyawa, tiada kita untuk lazir zahiriah menyaksikan keadaan dunia nyata.. helaan sangka kala pertama menerbitkan kejadian manusia. jangan di lupa, kita datang dari satu udara, satu tiupan yang menitiskan kehidupan. dan kerana ALLAH kita hidup bernafas di dunia, dan kerana ALLAH, kita ada di dunia. dan kerana ALLAH juga kita kembali kepadanya bersatu bercinta..

bagaimana kita mampu merimakan satu kata cinta yang tiada tandingnya?
ada sembilan cara untuk kita bernyanyi memuji kalimat nya.

*sambil menghala nafas dan kemudian membuka mulut...

Huuuuuuuuuuuuuuu...
Hu dengan ria.. nadanya hidup segar...
Hu dengan duka.. nadanya sedu syahdu...
Hu dengan takut bimbang.. nadanya terpatah-patah menyerah..
Hu dengan kasiha.. nadanya lembut mendayu..
Hu dengan kehairanan.. nadanya seru-seru menderu..
Hu dengan keberanian.. nadanya menyentak melayang..
Hu dengan dengan cinta.. nadanya dalam terbenam...
Hu dengan acuh endah tak endah.. nadanya tiada...
HU dalam diam.. diam...
Huuuuuuuuuuuuuuu....


serunya disini untuk kita kekal bernyawa, merima kan kata nama cinta, dan demi kerana-NYA, ayuh lah kita bersama bercinta memuji-NYA.. sesungguhnya, bernafas itu salah satu zikir kita kepada ALLAH s.w.t...

*ayuh lah bersama kita memuji-NYA, bersama kita bercinta atas kerana nama cinta.. ALLAH..