Wednesday, 24 March 2010
facism and anti-facism
ok lah. macam ni mula, kat sini aku cuba nak kongsi pasal facism dan anti-facism. setakat mana yang korang boleh terangkan facism ni? maybe setengah pendapat jawab, ia adalah kongsep bermuka-muka. atau facist dalam oxford mengatakan facist adalah golongan yang menyekutukan orang-orang politik saya kanan, which is , we all knew that it was the right path of life in choosing right.. cukup dengan bahasa penjajah, sebab idola aku adalah abid yang sentiasa menulis menggunakan bahasa malaysia dan itu adalah perjuangan memartabatkan bangsa.
"wah. tetapi aku sudah seperti bermuka-muka dengan penggunaan bahasa bukan?",
masih lagi memilih secara racist dalam penggunaan bahasa Malaysia atau inggeris?, ini pon sudah cukup membuktikan, racism secara tidak langsung berkaitan dan turut memainkan peranan penting dalam menentukan facism. bermuka-muka dalam memilih atau pon menilai sesuatu perkara abgi kepentingan dunia.
argh! aku dah mula nak cakap terus terang sebab aku pernah berada di suatu daerah yang di kenali dengan kehidupan jalanan dalam penentangan ( punk ), setakat mana kau nak tentang kejadah ni? kau sendiri yang bermuka-muka dalam politik kehidupan harian kau, kau tak sedar? kau sendiri bercanda mesra sambil bermuka-muka? ingat aku apa? buta? itu adalah salah satu apa yang aku perasaan tentang kau bila kau ada bersama?
pakatan lama yang kau telah buat dahulu kala dengan kawan baik belah saudara kau itu lah kau punya pakatan, dalam tak sedar, kau sendiri bermuka-muka. so, x payah lah nak cakap yang korang ini anti-racism yang konon nya korang ni bukan lah facism dan memperjuangkan anti-facist. hahahahaha. ( gelak atas muka )
korang sendiri yang bawa konsep ini. ok lah.
aku sendiri pon sama, aku sendiri bermuka-muka, akan tetapi aku bermuka-muka dengan kau sebab nak kau tahu mana baik tau buruk dengan kata niat nak bagi kau pengajaran. dan secara tidak langsung, ini untuk kau dan aku belajar dalam pratikal kehidupan tanpa teori yang yan g kita cara selama ini dalam kelas pembelajaran inggeris di setiap sekolah. aku bermuka-muka dengan kau atas sebab aku rasa aku tak cukup sempurna untuk hidup dengan kau, sebab aku kurang minat dengan orang yang hanya tahu mahu menang dan tidak mahu kalah, dan paling penting, sukar untuk menerima kekalahan, bila kau kalah, kau nak jugak menang. "nah ambik kau, apa aku kisah, bukan dapat piala atau pahala pon setakat main kejadah haram ni" -pusat snooker.
aku sendiri tak paham, mengapa kau sibuk nak paham politik negara luar, team bola sepak luar, artis penyanyi luar. kau tak fikir pasal politik keliling kau? asyik sibuk dengan negara atas angin, tapi kau lupa pasal Malaysia. macam mana negara nak maju andai kata rakyat dan pemimpin sendiri asyik sibuk dengan negara luar, sedang kan Lee Chong Wei cipta sejarah pon kau tak tahu? konon lah benar kau menetang penjajahan barat akan tetapi kau sendiri sudah diperbaratkan daripada barat. " kau paham?"
bak kata si kembang, "megalomania dalam kehidupan. faham apa konsep megalomania, adalah seseorang yang masih rasa tidak cukup dengan apa yang dia ada.masih lagi tidak bersyukur dengan nikmat kurniaan yang sudah di bagi oleh sang berkuasa bumi. kenapa kau nak kuasa? nak kontrol pergerakana manusia? kau kata kau sempurna, tetapi kau tetap sama, kongsi satu udara dengan beliau, mereka dan kita. kita-kita. dua kali kita. sama dengan dua kali muka. satu kita, satu muka, tak lupa, satu malaysia.
dah, sebagai konklusi , aku nak tutup cerita nin, sebab nak mengelakkan pergaduhan perpaduan, ayuh lah rakan semua, bangkit lah, sedra lah. jangan kau tewas dengan propaganda si media amerika kerana di saat kegemilngan holywood, pembesar dajjal mata satu telah pun di sana. ayuh lah, henti daripada hina, henti dan nilai serta muhasbah minda semua, ayuh kita menuju puncak yang sama. andai kata anda tahu niat anda, anda tidak adalah masalah dalam menyukutu si facist dan anti-facist, akan tetapi, niat itu seharus nya adalah niat yang baik.
"malam kian berlalu, kau masih di situ"
Saturday, 20 March 2010
SatuUdara
apa yang anda faham dengan Saudara? Satuudara? Saudara mengikut nama blog ini berasas dari dua perkataan iaitu sa (satu) dan udara. Saudara juga difahami sebagai hubungan. Kebiasaannya saudara lebih difahami sebagai hubungan antara keluarga. Tetapi, kami lebih suka melabelkan saudara sebagai hubungan antara agama, hubungan antara bangsa dan hubungan antara negara. Perkataan sa dan udara itu sendiri yangnmembawa maksud satu udara melihatkan semua makhluk hidup dan bukan hidup di atas muka bumi ini berkongsi udara yang sama. Betapa besarnya anugerah tuhan kepada kita supaya kita saling kenal mengenali antara satu sama lain dan bukannya saling musuh-musuhi. SAUDARA juga menyokong agenda atau slogan atau saranan Perdana Menteri Malaysia Ke-6, Dato Seri Najib Tun Razak SATU MALAYSIA yang lebih menggalakkan perpaduan antara kaum yang berbilang agama dan bangsa di Malaysia. Ianya salah satu usaha murni bagi membina satu tamadun yang hebat. Perpaduan antara masyarakat sebenarnya tidak cukup untuk membina satu masyarakat yang hebat, tetapi sikap kasih-mengasihi dan hormat-menghormati merupakan tunjang utama bagi membina masyarakat yang hebat.
ingat, kita kongsi satu udara, sedut oksigen yang sama!
ingat, kita kongsi satu udara, sedut oksigen yang sama!
Thursday, 18 March 2010
cerita permbunuh bersiri versi sepi sendiri ( dari diari hitam! )
ada manusia tanya, kau ni gila ke? stoned ke? wah. mencari kesalahan manusia lain adalah salah satu nilai buruk dalam menentang ciptaan ilahi. ini adalah salah satu yang ditemui dalam mencari cinta abadi. membina hubungan antara satu sama lain, ini bukan civilasi, ini bukan konspirasi, ini bukan tempat diskriminasi. manusia yang hidup di pasca kiamat hari ini, hanya berlandaskan nama, harta, gaya, kepuasan sendiri serta khayalan dadah merbahaya. manusia hanya menerima idea bijak akan tetapi kadang-kala lupa dan menolak idea jimat. ini sering kali terjadi, di sini, di sana. manusia tidak sama pada dasarnya, kerana banyak perjanjian telah termeterai antara mereka dengan dunia yang huru-haraberikutan amukan tekad dari satu makhluk yang kini konon nya di anggap sebagi penyelamat dunia.
mood ; diskriminasi manusia babi.
mood ; diskriminasi manusia babi.
Subscribe to:
Posts (Atom)

