Monday 16 November 2009

Pengenalan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Blog ini telah dibina khas oleh satu kumpulan pelajar Foundation in Biological and Health Science, Management and Science University (MSU) Shah Alam. Pembinaan blog ini juga adalah salah satu tugasan subjek Introduction of Computer Science.

Saudara mengikut nama blog ini berasas dari dua perkataan iaitu sa (satu) dan udara. Saudara juga difahami sebagai hubungan. Kebiasaannya saudara lebih difahami sebagai hubungan antara keluarga. Tetapi, kami lebih suka melabelkan saudara sebagai hubungan antara agama, hubungan antara bangsa dan hubungan antara negara. Perkataan sa dan udara itu sendiri yangnmembawa maksud satu udara melihatkan semua makhluk hidup dan bukan hidup di atas muka bumi ini berkongsi udara yang sama. Betapa besarnya anugerah tuhan kepada kita supaya kita saling kenal mengenali antara satu sama lain dan bukannya saling musuh-musuhi. SAUDARA juga menyokong agenda atau slogan atau saranan Perdana Menteri Malaysia Ke-6, Dato Seri Najib Tun Razak SATU MALAYSIA yang lebih menggalakkan perpaduan antara kaum yang berbilang agama dan bangsa di Malaysia. Ianya salah satu usaha murni bagi membina satu tamadun yang hebat. Perpaduan antara masyarakat sebenarnya tidak cukup untuk membina satu masyarakat yang hebat, tetapi sikap kasih-mengasihi dan hormat-menghormati merupakan tunjang utama bagi membina masyarakat yang hebat.

No comments: