Thursday 4 November 2010

Bersatu !

Salah satu daripada naluri semulajadi manusia ialah ingin hidup berkelompok dan bermasyarakat. Tetapi, disebabkan kelemahan manusia sendiri maka seringkali tercetusnya permusuhan, perkelahian dan peperangan segala bermula dari diri yang penuh hasad dan dengki.

Jika difikir-fikirkan, antara kelebihan teragung yang dikurniakan manusia oleh Allah, tiada tuhan berhak disembah melainkan-Nya, ialah akal untuk kita berfikir dan hati yang membenar kita punya perasaan. 2 kurniaan ini benar-benar membuktikan manusia ialah sebuah ciptaan Allah yang terhebat.

Hal yang demikian ini yang membezakan kita (manusia) dengan ciptaan tuhan yang lain seperti tumbuhan hijau dan haiwan-haiwan. Binatang juga punya otak dan hati, cuma batas untuk berfikir telah dihadkan. Jadi bagaimana seorang manusia yang dapat berfikir secara rasional tidak mahukan sebuah kehidupan yang harmoni dan aman tenteram.

Di dunia ini, jika kita bukan hidup sesama manusia saja. Kita berkongsi dengan banyak lagi ciptaan, apa alasan kita untuk merasa tamak ingin menguasai dunia bersama nafsu jahat tidak dijaga? Adakah kita benar-benar bersedia menjadi khalifah di dunia?

Bodoh Sombong!

Satu ungkapan paling sesuai pada golongan yang tidak pernah berfikir tetapi hanya mahukan segalanya datang sujud sembah di kaki mereka. Jika mereka benar golongan yang berpemikiran, kenapa tidak mereka melihat petanda dari langit dan bumi bagaimana susunan dan aturan alam ini berputar dalam sebuah kitaran yang hebat. Kita tidak perlu malu untuk belajar dari kehidupan binatang dan mahkluk lain. Bagaimana hebat persaingan mereka di dalam dunia ini, binatang tidak berakal untuk memikirkan itu semua.

Kita semua, sebenarnya bergantungan antara satu sama lain. Jika kau menafikan hal ini, lebih baik kau jadi kanibal! Kenapa perlu makan tumbuhan dan binatang? Kalau betul jika kita berfikir, kenapa tuhan menciptakan tumbuhan dan binatang tu semua?

Memang, manusia tidak sempurna. Semua bersetuju dalam hal ini. Maka, atas alasan itu, bersatu adalah solusi terbaik dalam hal ini. Buangkan segala kontroversi, tingkatkan prestasi. Jika bersatu yang dimaksudkan tercapai, dapatkah anda bayangkan bagaimana situasi dunia?

Siapakah paling bersalah dalam hal ini. Jika anda kenal dengan nama Charles Darwin, pencetus teori evolusi dan bagaimana masyarakat dunia mengamalkannya dalam kehidupan lalu tercetus banyak ideologi-ideologi yang sakit hati, membenam segala kebenaran yang telah Allah ilhamkan. Bagaimana Amerika menggunakan dasar apartheid terhadap golongan imigran dari Afrika? Bagaimana tercetusnya perang dunia? Apa yang berlaku di Palestin hari ini? Siapa yang peduli?

Jangan takut pandang belakang, disitu kita akan kembali mengenali langkah-langkah mengatasi, bagaimana utusan Allah Nabi Muhammad SAW berjaya melumpuhkan segala semangat assabiah yang menebal dalam masyarakat arab yang jahil dalam segala macam perkara. Bagaimana ilmu sama ada tentang perkara yang terang dan nyata ataupun ghaib pada pandangan mata disebarkan seluruh dunia?

Di dalam situasi di negara kita, kepentingan perpaduan ialah perpaduan dapat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka. Sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan, pelbagai ranjau berduri yang dilalui oleh generasi terdahulu untuk menuntut kemerdekaan. Hasil perpaduan masyarakat Tanah Melayu ketika itu yang berganding bahu menuntut kemerdekaan telah membuka mata pihak Inggeris supaya memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu.

Di sini membuktikan bersatu adalah penyelesaian masalah kita, kenapa perlu mementingkan hak kita sendiri jika hak-hak mereka yang lain terabai? Malu*

2 comments:

Muhammad Amirul Baharti said...

ayuh lah.. bersatulah!

IzzIbnIbr said...

bersama memerdekakan minda...