Sunday 28 March 2010

benarkah sejagat bangsa hidup tanpa sembahan dewa durjana?

mula kisah cerita, di mana si dara dan teruna gila merentasi lautan api yang di salur kan melalui jaring-jaring kehidupan metropolitan. perjalanan penuh ranjau ujian daripada pembekal ayam jantan dan pendakwaan manusia sebagai kambing hitam yang meragut rumput bekalan sialan yang berlegar-legar di sepanjang perjalan yang tertempa bersama. masih kah kau ingat, kita bercanda mesra di satu pasar budaya cina di tengah ibu kota, sewaktu kita berbahagia tanpa pencemaran udara daripada senjata nuklear berbisa pihak mereka, aku, kau dan kita, sama serupa, memerhati sebentuk piala ukiran si penjual yang mencari keuntungan. akan tetapi, kenapa piala yang di katakan seperti senjata nuklear yang membantu memperbanyakkan penyalaan api itu, masih bebas di jual di sana.kenapa? apabila di tanya mengapa, mereka menjawab, "usah di tanya dan aku tahu kau tahu kenapa ada di jual di sana." itu adalah suara sang berkuasa yang berani mempertaruhkan nyawa untuk membantu operasi penyembahan dewa-dewa. jangan di lupa, kenapa mereka menggunakan bahan nuklear itu, bukan lah untuk merosakkan kesihatan kita sahaja, tetapi juga melibatkan pencemaran yang merosakkan minda dan akhlak anak muda. argh!!! konon kata nya banteras bersama, tetapi kenapa ada yang masih bebas berdurjana di atas dunia? si gergasi batu di sana, gergasi hijau terus mewarna, makhluk halus debu putih bebas beromen mesra dengan gadis-gadis kaya. mana politik nya? mana perjuangan nya? katakan mereka sama tidak sempurna, katakan mereka manusia yang sama dan datang dari satu udara. akan tetapi, mana adil nya? mana keadilan nya? buat si rakyat yang ingin bebas beramah mesra berkongsi idea di kedai makan sebelah tanjung sana, di tahan dan di ancam tanpa rela berikutan konon kata mereka itu adalah penyalah gunaan bahan nuklear. tidak, keadilan kian di lupa, mereka tidak berbuat apa-apa selain berkongsi isu semasa dan pelbagai idea untuk perkembangan minda muda anak bangsa, kenapa mereka perlu di perlakukan seperti mereka sangat hina kerana terpengaruh dengan media masa, hina ke mereka? sepatutnya mereka perlu di bendung dan di kawal dalam keadaan yang damai tanpa pertumpahan darah dari muka dan lubang jubur nya, mereka masih muda, masih boleh di bentuk kerana remaja masih seperti buluh yang panjang nya sedepa dua, masih muda dan masih boleh di pantau kemajuan minda nya, kenapa mereka di perlakukan hina, di ancam dengan ugutan pecahan muka, tetapi mereka lupa, para peniaga masih berdagang piala di raja sang durjana pembesar yang menerajui perniagaan nuklear yang merosakkan kan sejagat bangsa manusia. mereka bebas berniaga, seperti mana yang di kenal pasti, pihak yang memperjuangkan integriti sendiri telah lupa dan menerima wang daripada pembekalan ayam jantan dan rumput makanan kambing hitam yang melingkari kehidupan di serata pelosok dunia. mana adil nya? mana pergi demokrasi terpimpin yang di wariskan oleh budaya kita, budaya manusia yang menyembah tuhan yang sama. sekira nya ini adalah nota yang di anggap merbahaya, adalah sesungguhnya senjata dan pemprosesan bahan nuklear di sekitar kita lebih bahaya, ini hanya penulisan carutan manusia gila yang konon nya bakal menghuni wad dahlia mengikut akta yang diperkatakan mereka. aku tidak lupa, episod kau itu hanya cerita muka depan oleh mereka, kau tahu aku tahu, dan aku tahu kau tahu, kita siapa.



~petaling street waktu senja negeri belanda, cinta dan perjalanan cerita bunga

2 comments:

IzzIbnIbr said...

mereka turuti kehendak bukan keperluan

Muhammad Amirul Baharti said...

the things came from inside. inner spirit.