Saturday, 20 March 2010

SatuUdara

apa yang anda faham dengan Saudara? Satuudara? Saudara mengikut nama blog ini berasas dari dua perkataan iaitu sa (satu) dan udara. Saudara juga difahami sebagai hubungan. Kebiasaannya saudara lebih difahami sebagai hubungan antara keluarga. Tetapi, kami lebih suka melabelkan saudara sebagai hubungan antara agama, hubungan antara bangsa dan hubungan antara negara. Perkataan sa dan udara itu sendiri yangnmembawa maksud satu udara melihatkan semua makhluk hidup dan bukan hidup di atas muka bumi ini berkongsi udara yang sama. Betapa besarnya anugerah tuhan kepada kita supaya kita saling kenal mengenali antara satu sama lain dan bukannya saling musuh-musuhi. SAUDARA juga menyokong agenda atau slogan atau saranan Perdana Menteri Malaysia Ke-6, Dato Seri Najib Tun Razak SATU MALAYSIA yang lebih menggalakkan perpaduan antara kaum yang berbilang agama dan bangsa di Malaysia. Ianya salah satu usaha murni bagi membina satu tamadun yang hebat. Perpaduan antara masyarakat sebenarnya tidak cukup untuk membina satu masyarakat yang hebat, tetapi sikap kasih-mengasihi dan hormat-menghormati merupakan tunjang utama bagi membina masyarakat yang hebat.

ingat, kita kongsi satu udara, sedut oksigen yang sama!

2 comments:

IzzIbnIbr said...

satu udara

satu dunia

satu tuhan

muhammad amirul @ mirol said...

satu kepercayaan,
satu pegangan,
satu landasan,
satu jiwa,
bersatu kita akhirnya